اهلا وسهلا ومرهبا بكم

Jam
Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.

Sunday, August 3, 2008
Murabbi..
Salam Perjuangan....

Bagi seorang pendidik ,bukanlah tugasnya hanya mengajar semata-mata tetapi sebenarnya ia lebih kepada penerapan kejiwaan sebagai seorang pendidik yang betul-betul memahami kehendak dan keperluan seorang pendidik.Untuk mengajar anak didik ,mungkin mudah dan tidak membebankan,tetapi untuk membetulkan akhlak dan disiplin yang ada didalam dirinya,merupakan satu tugas yang berat dan mencabar.Istilah Murabbi merupakan satu istilah yang mencakupi seluruh aspek sebagai seorang pendidik ,kerana disinilah pendidik itu perlu bertindak sebagai seorang yang betul-betul menjiwai hati orang yang dididik berperanan sebagai seorang pengajar,pendorong ,pembantu untuk menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan dengan sahsiah diri seorang yang dididik.
Sebagai seorang Murabbi juga perlu mengaplikasikan dan mengabungkan keseimbangan pendidikan didunia dan akhirat.Tugas mendidik ini tidak hanya bertumpu kepada bidang penguasaan ilmu, tetapi juga berperanan membentuk akhlak islamiah dan keyakinan terhadap kekuasaan Allah Taala ,akhirnya mendekatkan diri kepda Allah Rabbul Jalil.Secara tidak langsung ia dapat mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam realiti kehidupan di dunia dan akhirat.Murabbi yang berjaya inilah yang dapat menjadi rujukan dan menjadikan anak didiknya berjaya didunia dan akhirat serta mencintai Islam..

Salam Ukhuwah..
posted by Syeikh HaFiz @L-Hafiz @ 10:13 PM   4 comments
About Me

Name: Syeikh HaFiz @L-Hafiz
Home:
About Me: Ahlan Wasahlan..Ana Akhukum fil islam..ismi Abd hafiz bin hj mohd shahar.
See my complete profile
Previous Post
Archives
Links
Template by

Free Blogger Templates

BLOGGER